Saturday, July 9, 2011

sutera digital terengganu

murah-murah....
untuk booking, mesej through my fb's inbox..

http://www.facebook.com/farhana.hisham


ad byk lagi pilihan lam fb ye....

Wednesday, June 22, 2011

memoir..


someone has sent this message for me before...
but now it means nothing...
hw,i still like the content of it..<3

ya Allah..
janganlah kau butakan mataku..
sebelum aku puas menatap mukanya..
janganlah Engkau ambil pendengaranku..
kerana aku pasti..
aku akan merindui setiap perkataan 
yang keluar dari bibirnya..
janganlah Engkau rampas suaraku..
agar aku menjadi pemujuk terbaik buatnya,,
dan janganlah Engkau hilangkan dia sebagai temanku lagi..
kerana aku pasti..
tiada siapa dapat menggantikan tempatnya dihatiku..

Thursday, June 16, 2011

moist chocolate cake

resipi yang sangat senang actually....

bahan-bahan:

1 ketul butter
3 cawan gula halus
4 biji telor
2 2/3 cawan tepung gandum
1 1/2 serbuk koko
2 camca teh baking powder
3 cawan susu segar
2 camca teh vanilla
2 camca teh asam limau
sedikit garam

macam mana nak buat ye???
1.mix gula n butter..pkul sampai la butter kembang n bertukar colour keputih-putihan,,
2.masukkan telor sebiji demi sebiji dalam adunan butter...
3.ayak tepung + serbuk koko + baking powder. n masukkan dalam adunan.
4.+ susu segar + asam limau + vanilla. pukul sehingga sebati..
5. masukkan dalam bekas + bakar..


p/s::::::
....panaskan oven lepas butter n gula halus da kembang..suhu 180 darjah..
....asam limau diletakkan nak bagi moist.
....baking powder tak letak pon xpe.
....make sure sapu butter pada loyang before letak adunan...
....masa membakar depends on bile kek masak.u can use lidi nak tengok die masak ke tidak.law da masak,kek tidak akan melekat pada batang lidi lg....

resipi topping paling simple ..

bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak..
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko..

cara-cara
1.masukkan minyak masak + susu pekat + serbuk koko sekali gus..
2.gaul sehingga pekat..n ready..

p/s
.....jangan biarkan minyak panas sebelum letak susu n koko..kalau tak,bahab2 tersebut tidak akan bercampur..

that's all...bole la cube ye lepas ni...=)

that's all...=)

Monday, May 30, 2011

soal jodoh...

penah dengar orang cakap jodoh tu tak perlu dicari?? 
ia akan datang sendiri???
are u really sure about that??? let us read this article..

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin



http://www.geocities.com/azdriana7/

Sunday, May 29, 2011

nak pilih pasangan??here is an article about it..

10 Faktor Memilih Pasangan


Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan factor-faktor berikut : 

1. TEMPOH MASA PERKENALAN. 

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat . 

2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI 

Orang sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda. 

3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN 

Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan. 

4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU 

Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya , anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda. 

5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP 

Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya. 

6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI 

Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya. 

7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA 

Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini. 

8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING 

Jika orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan. 

9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI 

Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan. 

9. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN 

Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin. 

P/S : NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan berkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi berbanding jangka pendek. Tapi kan saya rasa, perkenalan jangka pendek boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- aperpun kita hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Sya rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.

Monday, May 16, 2011

la tahzan..


life is to short to be sad..
there r still so many thing to enjoy..
rather than only thinking
about something dat might hurt us..
so...
live ur life to the fullest!!!!

Friday, May 13, 2011

membersihkan blog..

dengan ini...
saya telah membersihkan blog saya daripada benda yang ntah pape..
azam nak exam kn....ngenge...

Thursday, May 5, 2011

marry you!!!

nak tunang n kawen cm asyraff muslim...
sangat besh,,,


cm besh je..hehe..
like2..<3

Saturday, April 30, 2011

putus-melda ahmad..

juz want 2 share 1 of my fav song with u all.....
besh sgt...<3<3<3


Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku

Thursday, April 14, 2011

a sad love story..taken from fb,,

Pengorbanan Seorang Isteri

by Acik Hasiah Kernai on Monday, January 17, 2011 at 4:07pm
 Pengorbanan Seorang Isteri
Nurmemerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang,
Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah
Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk
Ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?"
Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja,
dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah
sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura
menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi
Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."

-----------------------------------------------------------------------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini
kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan
Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi
fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

-----------------------------------------------------------------------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa.
Nura menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat Nura,"janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.


"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
Mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.

“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah
saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,
Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar
Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.


"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak
angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin
lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.

---------------------------------------------------------------------

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi
Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.

Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa
Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.

Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada
abang.


"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan
dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang
teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah
Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi
Nura?


"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,"
Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul
Membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali
ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.
Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada
manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia
Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang
Akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa
Yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?
Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah
kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar
Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura
tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita
kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura
dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.


Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni,
Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
aku, boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak
kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.

-----------------------------------------------------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya
tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan
Berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana
Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam
Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam
Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh
Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa
Pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan
jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana
mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat
sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka.
Nura terlalu kecewa.

----------------------------------------------------------------------

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang
dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak
Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak
Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection
Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.

Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang
Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang
Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak
Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

-----------------------------------------------------------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari
tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah
Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa
beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba
Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."


Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil
membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah
kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi,
semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.

"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.


-----------------------------------------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan
Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.


Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.

Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak
ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai
Apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura
harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan
Walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang.....
Rindu bang... rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu
sayang.. bisik hati Hilmi.